Quantcast
Channel: parlimen81
Viewing all articles
Browse latest Browse all 143

UMNO Diskriminasi Anak Jati Pulau Tawar ?

$
0
0
Dalam sejarah UMNO Bahagian Jerantut . Tak pernah ada seorang pun anak jati Pulau Tawar pernah menjadi calon ADUN Pulau Tawar atau calon Ahli Parlimen . Betul ke ?

Kalau kita lihat semula ke belakang timeline UMNO Bahagian Jerantut .Memang belum pernah ada calon dari kalangan anak jati Pulau Tawar. Memang tak pernah!!!!.

Kalau adapun calon anak jati Pulau Tawar yang pernah jadi calon adlam pilihanraya ialah dari calon PAS iaitu saudara Mohamed Bin Wahid yang pernah bertanding dalam PRU10 dulu. Kalah tipis 700 undi kepada Dr Ahmad Shukri Ismail .

Dulu Cikgu Bakar pernah menang DUN Pulau Tawar atas tiket Semangat 46 . Cikgu Bakar ini walaupun bukan anak pulau Tawar jati tapi banyak menghabiskan masa di Pulau Tawar .

Saudara Malek Yusuf orang Gintong dan boleh dikatakan orang Pulau Tawar sebab Gintong dan Pulau Tawar tu ada kena-mengena pernah menang DUN Tahan atas tiket PAS .

Tapi atas tiket UMNO sendiri pernah ada anak jati Pulau Tawar . INI KALILAH kalau UMNO nak letakkan anak jati Pulau Tawar bertanding DUN Pulau Tawar. PAS dah konpem meletakan anak jati Pulau Tawar iaitu saudara Yohanis sebagai calonnya . Yohanis telah dipilih dan di groom sejak tahun 2008 lagi sebagai calon PAS DUn Pulau Tawar. Bukan secara bidan terjun. Yohanis walaupun muda tapi mempunyai pengalaman yang amat luas dalam kerja-kerja parti . Beliau diberitakan pernah menjadi SU kerja kepada Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor semasa kempen pilihanraya sejak tahun 2004 hingga 2009. Ini bermakna beliau terlibat berpengalaman secara langsung dalam merancang kemenangan PAS di Selangor .

Pengalaman yang ada itulah sekarang ini dibawa ke Jerantut untuk merampas Parlimen Jeantut dan DUN Pulau Tawar dan DUN Tahan dari UMNO.

Dalam keadaaan PAS menonjolkan ramai calon-calon anak tempatan  Pulau Tawar . UMNO Bahagian Jerantut langsung tidak menghargai jasa-jasa anak-anak jati Pulau Tawar untuk diangkat sebagai calon DUN Pulau Tawar. Dan yang pasti ia akan berterusan dalam PRU13 ini. FULLSTOP



Viewing all articles
Browse latest Browse all 143

Trending Articles