Quantcast
Channel: parlimen81
Viewing all articles
Browse latest Browse all 143

Datuk Nan Sahkan Seorang Calon Baru Di Jerantut .Tengku Lan , Dr Shukri , Lau Lee kekal?

$
0
0
Dato Nan telah berbisik di telinga blog parlimen81 bahawa Jerantut akan mempunyai seorang muka baru dan mengekalkan 3 muka lama . Itulah hint dari Datuk Nan . Sekarang p81 ingin berspekulasi pula Tengku Lan dan Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail dan Dato Lau Lee kekal sebagai calon BN di Jerantut . Sementara itu Datuk Nan juga sahkan bahawa seorang calon baru akan mengantikan Wan Amizan iaitu Cikgu Nazlan  . Walau bagaimana mana pun Datuk Nan tidak mendedahkan dikerusi manakah mereka akan bertanding . Wan Amizan adalah Ketua Pemuda yang sangat kuat menyokong kepimpinan Ketua Pemuda UMNO ketika pertandingan diantara Khairy  dan Mukhriz dulu . Semua tahu Najib tak sebulu dengan Khairy dan lebih menyokong Mukhriz untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO . Di Jerantut undi untuk Khairy mengatasi undi untuk Mukhriz . Jadi Jerantut telah mencalonkan Khairy sebagai Ketua Pemuda . Jadi Wan Amizan digugurkan kerana beliau adalah dari kem yang berbeza. Ditambah pula dengan isu projek-projek beratus juta RM yang dimonopoli oleh keluarga Wan Amizan di DUN Tahan (klik sini) . Ha ha Ha ini hanya spekulasi .

Boleh juga spekulasi itu adalah begini . Tengku Lan akan bersara dan digantikan oleh Wan Amizan dikerusi parlimen sementara itu Cikgu Nazlan akan mengantikan Wan Amizan di Tahan dan Dr Ahmad Shukri kekal di Pulau Tawar.

Dan boleh jadi spekulasi begini pula . Dato Ramlan Dato Harun  atau Dato Nazri Ngah@Si Pemilik Hummer Putih akan mengantikan Tengku Lan dan Wan Amizan kekal di Tahan begitu juga Dr Ahmad Shukri kekal di Pulau Tawar. Ini bagi memastikn semua gerak kerja di DUN Tahan dan DUN Pulau Tawar tidak terjejas oleh tindakan sabotaj jika mana2 ADUN  asal di DUN tersebut digugurkan.

Semua spekulasi diatas masih lagi mengikut skrip asal Datuk Nan. Macam mana pula dengan skrip Najib ? Adakah Datuk Najib mahukan Dato Shariff Shamsuddin bagi mengisi kerusi DUN dan seterusnya mengisi jawatan Menteri Besar Pahang yang baru sebagaimana Pak Lah telah mengangkat Mohamad Hasan calon korporat ke jawatan MB Negeri Sembilan dulu.





Viewing all articles
Browse latest Browse all 143

Trending Articles