Quantcast
Channel: parlimen81
Viewing all articles
Browse latest Browse all 143

Menteri Besar Pahang Hargai dan Lantik Guru untuk Laksana Tugas-Tugas Khas Urusan Menteri Besar di Jerantut

$
0
0
Rakyat Jerantut cukup berbangga dengan Wan Zamzuri Wan Hasenan iaitu seorang guru gred DG44 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Putih Kuantan Pahang yang telah diamanahkan oleh YAB Menteri Besar Pahang iaitu Datuk Seri Adnan Yaacob bagi menjalankan Tugas-Tugas Khas bagi urusan Menteri Besar Pahang di Jerantut. Cukup besar misi yang telah diamanahkan oleh Menteri Besar ini untuk Wan Zamzuri Wan Hasenan di Jerantut .  

Dalam memilih sesorang untuk melaksanakan misi Menteri Besar memerlukan seseorang yang berpengalaman dan blog parlimen81 amat yakin Wan Zamzuri Wan Hasenan memang layak memikul tugasan tersebut Beliau adalah lulusan akauntan dari luar negeri disamping memiliki master MBA . Wan Zamzuri Wan Hasenan juga selain profesion sebagai guru beliau juga adalah seorang penasihat ekonomi kepada ADUN Tahan iaitu Datuk Wan Amizan Bin Wan Abdul Razak . Beliau juga aktif berBLOG di http://wzwh.blogspot.com Disamping itu beliau juga ada menjawat jawatan sebagai pengarah syarikat dibeberapa buah syarikat disamping memiliki saham dibeberapa buah syarikat pembinaan (klik sini) yang telah berjaya membawa beberapa projek pembangunan bernilai beratus juta ringgit ke DUN Tahan , Jerantut dan Pahang

Mungkin kelayakan dan pengalaman beliau ini menarik perhatian Menteri Besar untuk melantik beliau bagi menjalankan misi Tugas-Tugas Khas Urusan Menteri Besar di Jerantut. 

Tahniah dari blog parlimen81 untuk Wan Zamzuri Wan Hasenan . Kami rakyat Jerantut tumpang berbangga dengan kepercayaan yang diberikan oleh YAB Menteri Besar kepada anda.





Viewing all articles
Browse latest Browse all 143

Trending Articles