Quantcast
Channel: parlimen81
Viewing all articles
Browse latest Browse all 143

Siapa Menteri Besar Pahang ?

$
0
0
Ada dua hari lagi untuk kita berteka teki siapakah akan dilantik sebagai Menteri Besar Pahang untuk tempoh 5 tahun akan datang . Spekulasi timbul bila pelantikan MB Pahang pada kali ini agak lambat . Negeri yang bermasalah mungkin semua faham kenapa perlantikan agak lambat tapi di negeri Pahang ini UMNO menang selesa tapi perlantikan tetap lambat dan ini yang menimpulkan spekulasi mungkinkah Datuk Nan yang hampir-hampir terpaksa memotong telingganya gara-gara kelantangan mulutnya keangkuhannya mencabar pengundi Bentong . Kemenangan Tiong Lai dengan majoriti hanya 300 lebih undi betul-betul memalukan Datuk Nan.

Jadi siapakah yang bakal dilantik sebagai MB yang baru :

1. ADUN Lanchang ?
2. ADUN Inderapura ?
3. ADUN Muadzam ?
4. ADUN Pulau Tawar
5. ADUN Dong ?

Mungkinkah malaysia akan mempunyai MB pertama dari kalangan wanita ? iaitu Datuk Maznah Mazlan iaitu seorang bekas Exco Pahang dan  Timbalan Menteri ?

Atau mungkinkah bagi memperkuatkan UMNO di Kuantan dan menarik golongan muda maka Datuk Shafik Fauzan yang masih muda akan dilantik sebagai Menteri Besar ?

Atau mungkinkah Datuk Najib ingin melantik Datuk Ahmad Shukri atau Datuk Shaharudin yang sudah tua dan masing-masing pernah menjadi Exco dan pernah dikaitkan dengan kes tender plat kereta sebagai MB ?

Atau melantik dari kalngan hiraki kepimpinan UMNO Pahang iaitu Datuk Shakar ?


Viewing all articles
Browse latest Browse all 143

Trending Articles