Kenapa ye kerajaan Malaysia yang diperintah oleh Barisan Nasional dengan undi popular kurang dari 50% tidak mengutuk tindakan tentera Mesir merampas kuasa dan menafikan proses demokrasi di Mesir . kalau di Malaysia kerajaan Barisan Nasional berkempen kesana kemari mengutuk tindakan Anwar Ibrahim mengadakan black 505 dan menyifatkan perhimpunan black 505 sebagai usaha menjatuhkan kerajaan yang ada sekarang tapi yang peliknya kerajaan malaysia hanya berdiam diri dengan tindakan tentera di mesir . Adakah kerajaan malaysia takut sebab kerajaan amerika juga tidak mengutuk tindakan tersebut ? adakah ini menunjukkan bahawa kerajaan malaysia adalah dibawah telunjuk negara lain ? harap kerajaan malaysia segera menyatakan pendirian sama ada menyokong atau menentang tindakan tersebut sebab tindakan mendiamkan diri akan menyebabkan rakyat malaysia boleh mentaksirkan sesuatu untuk malaysia.
blog parlimen81 menentang sekeras-kerasnya tindakan pihak tentera mesir menjatuhkan presiden mesir yang dipilih secara demokrasi melalui rampasan kuasa. full stop .
Negara Eropah , Amerika dan Israel menyokong tindakan ini . Adakah Malaysia juga ingin bersekongkol dengan negara tersebut ? Arab Saudi juga menyokong tindakan tersebut . Kenapa ?
Melihat kepada situasi sekarang apa agaknya yang akan berlaku dalam dua tiga minggu kehadapan dalam politik Mesir . Beberapa kemungkinan bole terjadi antaranya :
1. Tentera mengembalikan semula kuasa Presiden kepada Morsi dan Morsi kekal memerintah sehingga habis penggalnya ; tak mungkin terjadi , ini kerana akan menyebabkan rakyat yang berdemo tidaka akn puas hati .
2. Tentera mengembalikan semula kuasa Presiden kepada Morsi dan Morsi membubarkan parlimen untuk membolehkan rakyat Mesir mengundi semula ; Dah tentu Morsi menang semula dan ini tidak disukai oleh rakyat yang berdemo dan tentera.
3. Morsi kekal ditahan dan Ikhwanul Muslimin diharamkan dan semua pemimpinnya dihalang dari bertanding dalam pilihanraya raya akan datang ; Ini akan memuaskan rakyat yang berdemo , tentera , israel , amerika dan negara yang bersekongkol dengan amerika . Tapi majoriti rakyat mesir tetap tiak berpuas hati dan ini mungkin akan menyebabkan terjadi perang saudara di mesir . minta dijauhkan. Israel tentu suka.
Lebih 60% rakyat mesir memilih parti islam di Mesir . Hanya pengharaman parti islam sahaja yang akan memboleh parti yang pro tentera bertapak di mesir
Morsi berkuasa di Mesir dengan sokongan Ikhwanul Muslimin (Freedom and Justice Party ) dan golongan Salafist ( An-Nour Party) . An-Nour telah berpecah dua pada awal 2013 dengan ketuanya telah meninggalkan parti tersebut untuk membentuk parti baru iaitu Al-Watan. Walaupun begitu An-Nour kini tetap kuat dan memainkan peranan yang besar dalam menentukan hala tuju politik di Mesir , bukan Ikhwanul Muslimin dan bukan juga National Salvation Front pimpinan ElBaradie. An-Nour yang perlu diberi perhatian . Siapa An-Nour sebenarnya ? Kita tahu siapa Ikhwanul Musliman di Malaysia dan kita juga tahu siapa National Salvation Front di Malaysia . Adakah An-Nour wujud di Malaysia ?