Quantcast
Channel: parlimen81
Viewing all 143 articles
Browse latest View live

UMNO Terima RM40 Juta dari Soros ?

$
0
0
Transparency International Malaysia (TI-M) menuntut pihak berkuasa mendedahkan sumber "sumbangan politik" RM40 juga kepada Umno Sabah, yang menyaksikan seorang ahli perniagaan ditangkap ketika cuma menyeludup masuk ke negara ini dari Hong Kong.

Merujuk kepada jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohd Nazri Abdul Aziz kepada Tian Chua (PKR-Batu) di Parlimen, Setiausaha Agung TI-M Josie M Fernandez berkata, pihaknya terkejut dengan kenyataan yang menyebut "elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan" dalam kes itu.

"Nazri berkata dana itu merupakan sumbangan kepada badan perhubungan Umno Sabah.

"Beliau kemudian berkata SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) memutuskan elemen rasuah tidak dapat dibuktikan dalam kes ini.

"Bagaimanapun SPRM harus menyiasat sekiranya rasuah menjadi faktor dalam sumbangan politik RM40 juta itu," katanya dalam kenyataan.

Nazri semalam dilaporkan berkata, Jabatan Peguam Negara memutuskan bahawa elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan dalam dakwaan melibatkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, selepas mengambil kira keterangan SPRM.

Katanya, dana tersebut ialah sumbangan yang dibuat kepada Umno Sabah dan bukan untuk tujuan persendirian ketua menteri.

Adalah dipercayai UMNO tidak berani untuk mendedahkan sumber sebenar darimana datangnya dana sebanyak RM40 Juta itu kerana dana itu dipercayai datang dari Soros .Adakah betul Soros dipercayai telah membiayai dana pilihanraya UMNO pada tahun 2008 ? Jika bukan UMNO perlu memdedahkan sumber dana sebanyak RM40 tersebut.

Laporan Audit Negara 2011 - Pahang - Jerantut - ADTEC Jadi Perhatian

$
0
0
ADTEC Jerantut menjadi perhatian apabila berlaku kelewatan 706 hari dari masa sebenar sepatutnya disiapkan . Beberapa spesifikasi juga tidak diikuti oleh kontraktor SM Pelangi Sdn Bhd yang beralamat di Semambu Kuantan yang mendapat projek melalui tender terhad ini. ... to be continue

'Pengkhianat Umno Jerantut pegang jawatan penting dalam bahagian ?

$
0
0
Pemimpin akar umni Umno hari ini menggesa jawatankuasa khas parti Melayu itu bertindak tegas, termasuk menyingkirkan segera ahli yang khianat, tidak seperti sebelum ini yang mengambil masa terlalu lama.

Ketua Umno Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, sebelum ini hukuman untuk kes pelanggaran etika atau khianat mengambil masa sehingga menimbulkan kecewa di kalangan rakyat.

cheras umno division chief syed ali alhabshee 061012"Saya berharap jawatankuasa berkenaan akan lebih tegas mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang berlaku khianat dan mensabotaj calon-calon BN pada pilihan raya umum ke-13 akan datang," tegasnya seperti dilaporkan dalam blog Umno Cheras.

Syed Ali juga berkata, mana-mana ahli Umno yang mengkhianati dasar perjuangan parti sememangnya wajar disingkirkan tidak kira di peringkat mana.

Beliau bagaimanapun tidak menafikan kebanyakan yang "bertukar menjadi pengkhianat" terdiri daripada pemegang jawatan penting dalam parti.

"Lazimnya yang mensabotaj parti dan pengkhianat adalah mereka yang memegang jawatan penting dalam Umno, kerana kecewa tidak dapat sesuatu yang dihajati mereka mula memburuk-burukkan parti dan pemimpin tertinggi," tegasnya.

'Dirasuk kepentingan peribadi'
Tambah Syed Ali lagi, jarang berlaku ahli-ahli parti di peringkat akar umbi yang khianat, sebaliknya membabitkan pemimpin termasuk yang pernah berada dalam kabinet.

"Saya percaya ahli-ahli Umno peringkat akar umbi tetap setia kepada parti, mereka ikhlas berjuang untuk parti," tegasnya sambil menyifatkan keadaan itu seperti "dirasuk kepentingan peribadi".

Syed Ali juga melihat penubuhan jawatankuasa khas bagi mengambil tindakan ahli ahli yang khianat mampu mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap masa depan Umno.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penubuhan jawatankuasa itu setelah dipersetujui Majlis Tertinggi (MT) di PWTC baru-baru ini.

Ia akan diketuai oleh Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail dan beberapa wakli MT yang tiada berkepentingan.

Pelaburan RM425 Juta Jadikan Jerantut Pusat Caviar Dunia

$
0
0
Sebuah projek bioteknologi akan diwujudkan di Jerantut yang melibatkan pelaburan dari luar negara . Projek ini akan menjadikan Jerantut sebuah pusat pengeluaran kaviar sedunia, satu inisiatif yang mungkin sukar untuk kita bayangkan selama ini, namun dapat dijayakan melalui I-Caviar menerusi pelaburan bernilai RM475 juta dalam tempoh lima tahun.

Caviar berkualiti tinggi boleh mencapai harga antara RM20k hingga RM25k dipasaran dunia. Ikan-ikan akan diternak didalam kolam yang boleh ditukar ganti airnya . Ikan-ikan yang diternak menggunakan teknologi biotek ini hanya mengambil masa selama 5 tahun untuk menghasilkan telur berbanding 20 tahun dalam keadaan semulajadi. Caviar yang dihasilkan di Jerantut ini akan di hantar dalam tempoh 5 hari dihasilkan terus ke London iaitu sebuah bursa komoditi bagi kaviar dunia. 

Industri kaviar  di Jerantut ini akan memberi peluang pekerjaan yang hebat di Jerantut . Kini dengan pertambahan satu lagi pusat bioteknologi di Jerantut selepas Pusat Bioteknologi Haiwan maka sesuai sangatlah Jawatankuasa Pembangunan Daerah Jerantut untuk mula merancang untuk menjadikan Jerantut ini sebagai pusat bioteknologi negara mempopularkan  jenama "Jerantut - Bio-technology Valley (JBV)" disamping tagline yang sudah begitu sinonim dengan Jerantut sebagai "City in The Jungle" iaitu sebuah bandar yang menjadi pintu masuk kepada hutan tropika tertua di dunia. 

blog parlimen81 tak setuju Pahang Dapat Wang Ehsan RM100 Juta Hasil Minyak

$
0
0
blog parlimen81 tak setuju Pahang Dapat Wang Ehsan RM100 Juta Hasil Minyak. Ini kerana telah termaktub dalam perjanjian antara negeri Pahang dan Petronas bahawa Pahang sepatutnya mendapat Royalti sebanyak RM100 Juta hasil 5% keluaran minyak di perairan Pahang .

Kerajaan Pahang sepatutnya menuntu Royalti bukanya menerima bulat-bulat wang ehsan yang dijanjikan oleh kerajaan persekutuan .

Wang itu sepatutnya adalah milik Pahang bukan ehsan kerajaan pusat . Kerajaan pusat sepatutnya berterima kasih kepada Pahang kerana mempunyai simpanan minyak yang banyak yang dapat dikongsi oleh lain-lain negeri .

Oleh itu blog parlimen81 menyeru setiap lapisan masyarakat di Jerantut dan Pahang agar bangkit menuntut royalti minyak bukanya wang ehsan.

PAIP Jerantut Kena Ambil Iktibar Kes PAM Air Selangor Rosak

$
0
0
PAIP Jerantut dan Pahang kena ambil iktibar dari kejadian kerosakan berganda yang menimpa 2 buah pam air kendalian SYABAS di Selangor . Dua PAM Air tersebut mengalami kerosakan yang hampir serentak dalam tempoh 24 jam yang menyebabkan hampir 500,000 isi rumah disekitar Ampang Wangsa Maju dan Cheras terputus bekalan air selama hampir seminggu. Noh Omar kata kejadian tersebut menunjukan Selangor tak mampu uruskan air (klik sini)

Orang Jerantut juga telah banyak kali juga mengalami keputusan bekalan air . Putus sikit-sikit adalah kadang-kadang ada paip pecah . Kadang-kadang sungai kotor sangat pam tak boleh beroperasi . PAIP kena pastikan jangan PAM air yang banyak di loji Batu Embun tu sampai rosak serentak seperti di Wangsa Maju . Jangan nanti pam air batu embun rosak dan pam air di Jengka 8 juga rosak , mati separuh Jerantut tiada air bersih . Huru hara jadinya rakyat Jerantut macam huru haranya penduduk disekitar Ampang , Cheras dan Wangsa Maju akibat kerosakan dua buah stsen pam di Wangsa Maju dan Pudu Hulu.

Mengikut ceritanya pam air Pudu Hulu rosak akibat kerosakan bekalan elektrik dan sementara itu kerosakan di pam air Wangsa Maju kerana kelima-lima pam air rosak serentak . ROSAK SERENTAK ? Ini semua salah kerajaan negeri Selangor lambat luluskan projek Langat 2 dan lambat luluskan pelan pembangunan pam tambahan di Wangsa Maju kata SYABAS (klik sini)  Tapi kata seorang pakcik yang duduk di Kampung Mat Daling Ulu Tembeling pulak " Apa kaitan kerosakan serentak kelima-lima pam air di Wangsa Maju dengan Projek Langat dan Projek Pam Tambahan di Wangsa Maju ?  Pelik bin ajaib " kata pakcik tersebut .

Tambah pakcik itu lagi "jangan nanti kalau pam air milik PAIP di Batu Embun rosak semuanya PAIP salahkan kerajaan Pahang lambat luluskan pembinaan embangan di Sungai Tekai pulak ".

Jadi p81 nak ingatkan PAIP Jerantut supaya sentiasa melakukan kerja-kerja predictive dan preventive maintenance terhadap infrasturktur pam air yang ada diseluruh Jerantut agar kejadian kelima-lima pam air rosak serentak di Wangsa Maju yang dibawah selenggaraan SYABAS tidak terjadi di Jerantut


Parlimen Bubar 22 Februari 2013 ? Betul Ke ?

$
0
0
Ada khabar angin berkata bahawa terdapat cadangan untuk pembubaran Parlimen dan semua DUN dibawah BN pada 22 Februari 2013 iaitu hari Jumaat iaitu mengambil sempena keberkatan hari tersebut.

Difahamkan khabar angin juga mengatakan bahawa tarikh penamaan calon ialah pada 16 Mac 2013 ? dan tarikh pilihanraya ialah pada 30 Mac 2013 ?

Lagi sekali ingat tarikh ini :

Parlimen Bubar : 22 Februari 2013
Hari Penamaan Calon : 16 Mac 2013
Hari Pengundian : 30 Mac 2013

Adakah betul tarikh tersebut tapi yang pasti tak kira apa tarikh yang dipilih oleh PM Najib maka semua jentera pilihanraya Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat perlu bersiap sedia bermula dari sekarang . Pengerusi BN telah arahkan supaya semua bilik gerakan jentera BN dibuka selewat2nya pada 1 Februari 2013 .

Berapa bilik gerakan yang telah dibuka sekarang ini  oleh BN Jerantut .

Apakah bilikan gerakan Pakatan Rakyat Jerantut juga telah mula dibuka atau adak terfapat arahan dari kepimpinan Pakatan Rakyat Jerasntut untuk mengerahkan bilikan dibuka sekarang ini .

Bersiap sediakah semua parti komponen BN dan PR dengan bendera dan banner untuk pilihan raya ini .

Apakah pula persiapan bahagian gerak gempur BN dan PR .

Sudah siapkah isu-isu yang ingin dimainkan sepanjang PRU13 nanti dan sudah siap sediakah BN dan PR untuk menjawap isu-isu yang akan dilontarkan oleh pihak lawan .

Rasanya sama ada BN atau PR telah ada senarai calon masing-masing.

Siapakah Calon Ahli Parlimen Jerantut ? UMNO vs PAS ?
Siapakah Calon ADUN Pulau Tawar ? UMNO vs PAS/PKR ?
Siapakah Calon ADUN Tahan ? UMNO vs PAS ?
Siapakah Calon ADUN Damak ? MCA/UMNO vs PKR/ DAP ?

Adakah BN calonkan lagi Tengku Lan , Dr Shukri , Wan Amizan dan Lau Lee kali ini atau BN Jerantut akan menampilkan semua muka baru ?

Adakah betul senarai calon PR Dr Hamzah , Ustaz Yuhanis , Ustaz Zakuan dan Cikgu Koh ?

atau masin-masing BN dan PR akan menawarkan calon baru ?

Kepada pengundi bijak2lah mengundi. Yang belum daftar maaf anda tak layak mengundi pru13 ini. Kepada jemaah tabligh marilah sama2 mengundi. tunaikan hak anda. anda tak mahu mengundi iyu hak anda tapi jgn pengaruhi rajan anda
Sama sama kita tunggu . Kepada BN dan PR selamat berjuang untuk kebajikan rakyat Jerantut .

Bekalan Air Terputus Lagi di Jerantut - Krisis Air Terawat di Pahang

$
0
0
Dalam sibuk-sibuk akhbar-akhbar dan TV TV bercerita pasal krisi air di Selangor dan satu-satunya  kaedah penyelesaian yang ada dalam pemikiran ahli politik BN iaitu Langat2 dan Terowong Air dari Pahang ke Selangor maka tiba-tiba berlaku krisi air yang teruk di Jerantut pula pada minggu lepas. Tapi tiada akhbar dan TV yang melaporkannya kerana Jerantut bukan Ampang atau bukan Hulu Langat yang dibawah pemerintahan Pakatan Rayyat . Jerantut adalah dibawah pemerintah Barisan Nasional . Amat memalukan jika krisis air yang melanda Jerantut ini dihighligtkan dalam akhbar dan tv arus perdana .

Difahamkan menurut laporan-laporan dalam kumpulan FB Jerantut krisis bekalan air yang melanda Jeantut baru-baru ini adalah kerana loji bekalan air Batu Embun tidak dapat beroperasi secara normal kerana sumber air mentah sangat berkeladak yang menyebabkan loji rawatan terpaksa ditutup ( ia ke macam tipu jer sebab2 ini .... jawapan sebenar sila berhubung terus  dengan PAIP Jerantut ... harap jawapan yang mereka beri tidak ada unsur penipuan)

Bila PAM berhenti beroperasi maka bekalan air terawat juga makin berkurangan untuk menampung hampir 25% akaun di sekitar Jerantut .

Anatara sebab sungai menjadi kotor adalah kerana berlakunya aktiviti perlombongan bijih yang tidak terkawal di hulu sungai . dalam kes ini ialah sungai Pahang sendiri dan Sungai Jelai yang menjadi punca kepada air mentah Loji Batu Embun.

Difahamkan aktiviti perlomboingan ini ada yang haram dan ada yang halal yang mana pemilikan lesennya dimiliki oleh ahli-ahli politik dan pemimpin disekitar Jerantut dan Lipis

Lombong bijih di hulu sungai Besol di Jerantut dan Sg Lik di Kerambit menjadi punca utama sungai menjadi keroh dan berkeladak. Parlimen pernah beberapa kali membuat entry dalam blog ini berkaitasn dengan krisis air di Jerantut tapi hanya dipandang sepi oleh pihak-pihak yang berwajib .

Jerantut Alami Krisis Air

Masalah Air di Jerantut Tiada Penyelesaian

PAIP Jerantut Kena Ambil Iktibar Kes PAM Rosak di Selangor

Selain Jerantut masalah terputus bekalan air ini juga berlaku u didaerah lain di negeri Pahang ni . Dalam ahli-ahli politik BN dan akhbar-akhbar dan TV TV pro BN sibuk dengan masalah air yang kononnya berlaku dio Selangor dan Kelantan rupenya masalah air yang kronik berlaku di negeri perdana menteri yang kita sayangi . Kenapa TV3 , RTM , UTUSAN , Kumpulan NST tak highlight kat muka depan isu ini . Kata perjuangkan rakyat tanpa mengira fahami politik ?

Lihat senarai dibawah ini masalah air yang berlaku di Pahang.

KRISIS AIR YANG KRONIK DI NEGERI PERDANA MENTERI MALAYSIA


KERANA TERLALU SIBUK MENIMBULKAN ISU MASALAH AIR DI KELANTAN, PERDANA MENTERI DAN SEKALIAN MENTERI MEMBIARKAN SAHAJA MASALAH AIR DI NEGERI-NEGERI BARISAN NASIONAL, PALING TERUK LAGI IA BERLAKU DI BEBERAPA DAERAH DI NEGERI PERDANA MENTERI SENDIRI.

Yang Lucunya, mereka datang ke Kelantan dan menawarkan jika memilih Barisan Nasional, masalah Air akan selesai di Kelantan dalam keadaan negeri mereka sendiri mengalami masalah yang sama. 


Yang menarik, Isu Masalah Air di Negeri Barisan Nasional TIDAK PERNAH KELUAR dalam Utusan Malaysia dan Berita Harian di FRONT PAGE sebagaimana mereka menimbulkan Isu Air di Kelantan, tapi sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. TV3 melalui Slot Aduan Rakyat telah memaparkan ISU KELUHAN DAN RINTIHAN RAKYAT di Bera, Pahang. Saksikan di bawah paparan eksklusif sebagaimana yang telah disebarkan dalam facebook baru-baru ini.


Berikut dibawah kes-kes yang dilaporkan oleh Akhbar yang berlaku di Negeri Perdana Menteri, Janji Di Tepati


TEMERLOH: Laungan “mana rakyat didahulukan”, “mana janji ditepati” bergema dalam perhimpunan aman melibatkan beberapa orang penduduk di bandar Mentakab di sini hari ini berikutan telah lima hari terputus bekalan air paip.
Penduduk mendakwa, gangguan bekalan air tanpa notis itu disebabkan kerja mengorek tanah di pinggir jalan utama oleh kontraktor yang menyebabkan saluran paip pecah tetapi dibiarkan sejak Khamis lalu.




















 




KESIMPULANNYA


Listen Listen Listen - Semua Blogger & FB Group Jerantut di Gesa Highlightkan Isu-Isu Tempatan Jerantut

$
0
0
Listen Listen Listen . Memandangkan PRU-13 telah hampir benar inilah masanya untuk kita menilai prestasi dan meminta bulan dan bintang dari ahli-ahli politik , parti politik dan jabatan kerajaan . Blog Parlimen81 menyeru semua blogger-blogger dan Facebook group samada blog perseorangan , blog masyarakat , blog anak muda , blog budak sekolah , blog kampung , group FB politik , group FB sedara mara , group FB budak sekolah , orang tua apa sahaja marilah sama-sama kita berbicara tentang isu tempatan kampung masing-masing , hal-hal kerbau lembu , hal hal kenduri khawin di kampung kita , hal-hal jalan kebun , hal hal masjid kampung kita  dan apa-apa hal asalkan ianya berkaitan dengan isu tempatan di Jerantut.

STOP sekejab kita bicara hal-hal  Negara dan Luar Negara . Kita tumpu kepada isu Jerantut . Upload banyak-banyak gambar aktiviti di Jerantut , hal di kampung kita .

Maka blog parlimen81 dengan ini mengistiharkan bermula hari ini 23hb Januari hingga 22hb Februari 2013 sebagai bulan BLOGGER DAN FACEBOOK ISU TEMPATAN JERANTUT.

Harap blogger lain dan group facebook akan juga menyambut seruan blog parlimen81 ini.

sekian terima kasih

Padang Bola Rumput Tiruan Untuk Jerantut

$
0
0
Salam 1 Jerantut

Tahniah MDJ kerana hasil usaha bersama dengan FA Jerantut  dan Pejabat Belia Jerantut padang di Kompleks Sukan Jerantut kini akan dipasang dengan rumput tiruan bertaraf dunia .

Tender awal projek ini oleh KBS asalnya hanyalah memasang Padang Tiruan bersaiz 90mx45m yang bernilai lebih kurang anggaran RM1.2 juta tapi mengikut maklumat terikini dari pihak Majilis Daerah Jerantut , Mesyuarat Post Kabinet peringkat Kementerian Belia dan Sukan telah menyatakan persetujuan untuk membesarkan saiz padang rumput tiruan Padang FA Jerantut dari saiz 90mx45m kepada saiz 105mx68m .

Maka bolehlah orang Jerantut melihat aksi pasukan Pahang berlatih di padang ini nanti .  Maka akan lebih ramailah pemain handalan dari Jerantut dapat dihasilkan untuk pasukan Pahang dan Malaysia.

Tapi dalam seronok bercerita pasal Jerantut dapat Padang Bopla Tiruan ini , parlimen81 masih lagi kesian dan sedih kerana rayuan belia Pulau Tawar untuk mempunyai Padang Bola Cow Grass jer masih tidak ditunaikan oleh pihak yang berwajib  sila klik sini

Harap pihak berwajib tolonglah dengar rayuan belia Pulau Tawar itu dan juga belia-belia dari kawasan lain di Jerantut ini .

Majlis Daerah Jerantut dan Transformasi Bandar Jerantut

$
0
0

Alhamdulillah . Bandar Jerantut kini dalam proses transformasi yang berterusan dibawah kepimpinan Setiausaha MDJ yang mula berkhidmat di Jerantut sejak tahun 2010.

Berada di bandar ini, pasti akan merasai satu kelainan kerana Jerantut kini sudah berubah wajah

Pelbagai
perubahan telah di lakukan oleh SU MDJ sekarang ini dalam mengindahkan Bandar Jerantut .
Jerantut kini terkenal sebagai Purple City of Malaysia . Kebanyakan bangunan di bandar lama telah dicat dengan warna ungu. Ianya seperti telah menjadi warna identiti Jerantut yang menarik .





Selain bangunan , pasu-pasu bunga dan stesyen bas dan bulatan juga telah di cat dengan warna ungu bagi menyerlahkan  identiti Jerantut sebagai Purple City of Malaysia. parlimen81 ada bercerita pasal Purple City dulu klik sini

Selain itu SU MDJ juga telah mengangkat Jerantut sebagai bandar kelahiran Pahlanwan dengan mengabadikan nama Mat Kilau dan Tok Pawang Nong dua bulatan utama yang baru diwujudkan di Jerantut iaitu satu bulatan di Bandar Lama dan Satu lagi bulatan di Bandar Inderapura . Kewujudan Bulatan ini telah memberi preskpektif baru bahawa memang Jerantut mempunyai phalawan-phalawan yang terbilang dalam melawan pejajahan British . Sebenarnya ramai lagi pahlawan-pahlawan pra kemerdekaan yang belum di nobatkan di Jerantut ini . Tapi ini adalah satu usaha yang baik oleh SU MDJ sekarang .


Kemudian bagi memeriahkan suasana malam di Jerantut . Sebuah Taman yang kecil di bandar baru Jerantut diubah wajah menjadi sebuah Taman bercahaya yang kini begitu ceria di waktu malam . Kawasan ini cukup meriah diwaktu malam . Ini adalah taman untuk famili dan anak muda . Mungkin yang perlu dibaiki ialah tempat letak kereta . Satu lagi komen saya ialah papan tanda I-City Jerantut itu tidak kelihatan sangat oleh orang ramai yangalu lalang di Jalan Jerantut Benda kerana kedudukannya yang terlalu selari dengan jlanraya . Mungkin kena ubah sedikit angle papan tanda tersebut dan ditambah satu lagi papan tanda disitu untuk tatpan dari arah benta dan jerantut Satu lagi papan tanda perlu diletakkan dikawasan yang tidak sibuk dengan kenderaan untuk tujuan orang ramai bergambar . Papan tanda sekarang ini amat berbahaya untuk orang ramai mengambil gambar berlatarkan papan tanda tersebut


Satu lagi papan tanda perlu diletakkan dikawasan yang tidak sibuk dengan kenderaan untuk tujuan orang ramai bergambar . Papan tanda sekarang ini amat berbahaya untuk orang ramai mengambil gambar berlatarkan papan tanda tersebut

Bandar yang indah tidak akan bermakna jika tiada kemudahan pengankutan yang baik . maka tranformasi MDJ berterusan dengan adanya perkhidmatan bas dalam bandar yang berpusat di Terminal Baru Inderapura dan membabitkan laluan ke Sungai Jan, Jalan Tahan, Taman Koperasi, Perumahan Awam Kos Rendah Bandar Baru, pasar, Hospital Jerantut, Kompleks Pejabat Kerajaan, Taman Inderapura dan Taman Pedah Jaya. Tambang bernilai RM1.50 seorang untuk ke lokasi pilihan masing-masing dalam radius 15 kilometer sekitar kawasan bandar ini . Kemudahan bas itu juga dapat menjana pertumbuhan sektor perniagaan apabila penduduk dan pelancong lebih mudah bergerak ke hotel penginapan dan premis perniagaan.

Selain itu, bagi menggalakkan lagi pertumbuhan ekonomi, MDJ dulu turut pernah memperkenalkan konsep berniaga malam 'uptown' bagi 'menghidupkan' suasana di Jerantut. Uptown bukan sahaja mewujudkan peluang perniagaan, malah pelancong yang datang atau hendak pulang menggunakan kereta api, akan berbelanja sebelum memulakan perjalanan dari Jerantut .Tapi nampak gayanya konsep uptown ni kurang mendapat sambutan di Jerantut sedangkan mengikut maklumat yang blog parlimen81 dapat anak-anak Jerantutlah pelopor konsep UPTOWN yang SANGAT popular di Malaysia ini . Itu akan blog parlimen81 cerita dalam posting lain tungguuuuu .

Semua kemudahan dan program tranformasi bandar Jerantut ini memerlukan perbelanjaan yang tinggi dan ucapan tahniah parlimen81 kerana SU MDJ berupaya menyakin pihak-pihak yang berkaitan dengan idea-idea bernas dia dalam mendapatkan budget pembangunan untuk semua projek tersebut . blog parlimen81 saluk SU kerana dapatkan budget tersebut kerana ianya selari dengan blog parlimen81 yang telah banyak kali mencadangkan perkara-perkara yang hampir sama  didalam blog ini .  

Tapi parlimen81 juga agak gusar mengenangkan semua program ini akan memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk menyelenggaranya . Pendapatan utama MDJ bagi perbelanjaan pengurusan adalah dari sumbangan kerajaan negeri dan persekutuan yang tidak seberapa dan juga cukai-cukai tempatan yang juga tidak seberapa . Maka semua kemudahan yang disediakan ini jika tidak dijaga dengan baik akan menghakis peruntukan perbelanjaan pengurusan tahunan MDJ yang menyebabkan banyak program tranformasi lain yang dirancang oleh MDJ akan terbantut. Yang akhirnya nanti mungkin banyak jalan-jalan raya dan lampu-lampu jalan di taman perumahan tidak dapat diselenggara dengan baik oleh MDJ kerana banyak perbelanjaan sudah ditarik untuk program tranformasi ini .

Sebagai rakyat Jerantut yang prihatin parlimen81 menyeru semua rakyat supaya sama-sama menjaga kemudahan yang disediakan ini .


 

SAH !!!! MOHD ADIL MOHD ZAIN CALON BN DUN PULAU TAWAR

$
0
0
SAH !!!! MOHD ADIL MOHD ZAIN CALON BN DUN PULAU TAWAR . Itu maklumat yang baru parlimen81 terima sebentar tadi dari sistem pesanan ringkas.
Pesanan itu juga menyenaraikan beberapa lagi calon seperti berikut :

PARLIMEN : DATUK WAN AMIZAN WAN ABD RAZAK
DUN PULAU TAWAR : MOHD ADIL MOHD ZAIN
DUN TAHAN : AHMAD MURAD IDRIS
DUN DAMAK : DATUK LAU LEE


Ada juga pihak yang mencadangkan kepada pihak atasan supaya pilih calon dari nama-nama dikalangan AJK Bahagian seperti berikut :

1. YBM Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar, 
Ketua Bahagian, AHLI PARLIMEN 
>>- Higher National Diploma, United Kingdom
Ijazah Kedoktoran Kehormat, Political 
Science, New Zealand
2. YB Dato’ Wan Amizan bin Wan Razak, Timbalan
Ketua Bahagian/Ketua Pemuda Bhg,WAKIL RAKYAT
DUN 
>> - ada yg kata ada Advance Diploma, ada 
kata ada SPM jeh...?
3. YH Dato’ Haji Nazri bin Ngah, Naib Ketua 
Bahagian, AHLI PERNIAGAAN 
>> – Ijazah
4. Norhelan Mahmud, Ketua Wanita Bahagian,
AHLI PERNIAGAAN 
>>– SPM
5. Hartini Abd Rahman, Ketua Puteri Bahagian,
AHLI PERNIAGAAN 
>> – STPM
6. Zukarmi Abu Bakar, Setiausaha Bahagian, 
SYARIKAT JENGKA 
>>– Ijazah
7. Haji Nazlan, Ketua Penerangan, 
JABATAN PENDIDIKAN 
>>– Ijazah
8. Dato’ Halim Jalil, Bendahari, AHLI 
PERNIAGAAN 
>>– SPM
9. Encik Zamri Yaakob, Jawatankuasa, 
AHLI PERNIAGAAN 
>> - SPM
10. Ybhg Dato’ Ahmad Bazain Mohmud, Jawatankuasa, 
BEKAS WAKIL RAKYAT 
>>- SPM
11. Encik Nasar Ibrahim, Jawatankuasa, 
GURU 
>>- Maktab Perguruan
12. Encik Abdul Halim Mahasan, Jawatankuasa,
KONTRAKTOR 
>>- Open University
13. Encik Ahmad Nizam Mohd Hassan, Jawatankuasa, 
GURU 
>>- Ijazah
14. Tuan Haji Mohamad Norzari Yahaya, 
Jawatankuasa, PESARA GURU 
>>- Maktab Perguruan 
15. Encik Jalaludin Haji Ghazali, Jawatankuasa, 
KONTRAKTOR 
>>- Ijazah  
16. Encik Ahmad Fauzi Nasir, Jawatankuasa, 
KONTRAKTOR 
>>- SPM
17. Encik Mohd Ghazali Hamzah, Jawatankuasa,
GURU 
>>- Maktab Perguruan
18. Encik Abu Bakar Haji Busu, Jawatankuasa, 
KONTRAKTOR 
>>- SPM
19. Encik Wan Shamsuri Wan Abdul Jalil, 
Jawatankuasa, PENGHULU 
>>- Diploma
20. Encik Mohd Sopian Mohd Kasim, Jawatankuasa, 
GURU 
>>- Maktab Perguruan
21. Encik Mohd Adil Mohd Zain, Jawatankuasa, 
CELCOM 
>>- Diploma
22. Encik Mohamad Bazli Abdul Ghani, 
Jawatankuasa, KONTRAKTOR 
>> - SPM
23. Ybhg Dato’ Haji Rosidi Awang Sulong,
Jawatankuasa, PEGAWAI KHAS AHLI 
PARLIMEN 
>>- ada SPM ke?
24. Encik Hamzah Abdul Hamid, Jawatankuasa,
PEMANDU PELANCONG 
>> - SPM
25. Tuan Haji Hamzah Mat Yasin, Jawatankuasa, 
PESARA GURU AGAMA 
>> - SPM
26. Encik Mohd Hanafisah Jusoh, Jawatankuasa, 
GURU 
>>- Ijazah
27. Puan Khatijah Mohd Said, Jawatankuasa, 
SERANTA FELDA 
>>- SPM
28. Puan Suhaila Mustapa, Jawatankuasa, 
JURUTERA 
>>- Ijazah
29. Encik Abd Ghaffar Haji Abd Mutalib, 
Jawatankuasa, 
PENYELIA KANAN PERHUBUNGAN PARLIMEN 
(KEMAS) 
>>- Ijazah
30. Ustaz Ahmad Jaafar, Jawatankuasa, 
BEKAS WAKIL RAKYAT 
>>- Ijazah
31. Tuan Haji Wan Hanuar Abdul Majid, 
Jawatankuasa, BEKAS PENGHULU 
>>- SPM
32. Encik Zaharuddin Abd Rahman, Jawatankuasa, 
BEKAS PENYELIA FELCRA 
>>- SPM
33. Tuan Haji Kamaruzaman Mohamad Baria,
Jawatankuasa, BEKAS WAKIL RAKYAT 
>>- Ijazah
34. Puan Siti Hajar Mubin, Jawatankuasa, 
KERANI BANK 
>>- SPM
35. YB Dato’ Dr Ahmad Shukri Ismail, 
Jawatankuasa, WAKIL RAKYAT DUN 

>>- Ijazah

INI KALILAH Minta Tolong Orang Jerantut Projek IC Sabah

$
0
0
Orang kat Jerantut buat dono jer pasal projek IC kat Sabah . Orang Jerantut buat tak tahu jer pasal ramai orang Pilipin dan Indo dapat IC Biru kat Sabah . Orang Jerantut tak kisah pun pasal isu tersebut .

Blog parlimen81 memang ambil kisah pasal projek tersebut . Dan blog parlimen81 memang antara Penyokong KUAT jika benar tersebut projek tersebut wujud.

Tak kisah siapa yang bagi arahan untuk projek tersebut Mahathir atau Anwar,  dua dua  parlimen81 sokong mereka dan blog parlimen81 berdoa kepada Allah agar Allah jadikan mereka yang membuat arahan tersebut di rahmati Allah .

Sejarah sehingga tercetusnya so call Projek M ni kembali seawal-awal tahun kemasukan Sabah kedalam Malaysia.
Tahun 1970-an penutralan warga asing dilakukan semasa Ketua Menteri Sabah (1967) , Tun Mustapha yang menjadi Presiden USNO. 

Pada tahun 1960 , Sabah dikuasai oleh kaum KadazanDusun dan Tun Fuad Stephen dari Kadazan Dusun dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah yang pertama (1963).


  • 32% Kadazandusuns ,
  • 23% Cina ,
  • 15.8% Lain -lain umat Islam,
  • 13.1% Bajau ,
  • 5.5% Indonesia
  • 4.9% Murut ,
  • 1.6% Filipina dan
  • 0.4% Melayu .


    Peningakatn penduduk Sabah dari 1970 hngga 2006.

    Penduduk Sabah :636,431 (1970), 2,449,389 (2000) 
    Penduduk Sarawak :976,269 (1970), 2,012,616 (2000) 
    Penduduk Semenanjung : 10,439,430 (1970) meningkat kepada 22,202,614 (2000)

    Komposisi etnik Sabah pada 2006 seperti berikut :

    • 25% Bukan warganegara,
    • 17.76% Kadazandusun,
    • 14.62% ​​Bumiputera Lain-lain,
    • 13.4% Bajau,
    • 11.48% Melayu,
    • 9.6% Cina,
    • 4.8% Lain-lain,
    • 3.3% Murut.



    Pola-pola statistik diatas memang mempunyai asas yang kuat untuk orang Kadazandusun dan Cina sabah cukup marah dengan projek IC ini yang dikenali dengan Projek M.

    Mengikut wikipedia Projek ini memberi kemenangan besar kepada orang Islam di Sabah . Syabas Tun Mahatir dan Datuk Seri Anwar  jika benar projek tersebut wujud dan mereka mengarahkan projek tersebut . Tanpa projek tersebut tak mungkin Islam boleh memimpin di Sabah sekarang ini . Ini adalah jasa UMNO paling besar untuk umat Islam di Sabah. Sabah diantara 1985 hingga 1994 merupakan tempoh pembangunan Islam yang merosot tahun saban tahun. Selepas 1994 Islam di Sabah kembali ceria .

    parlimen81 berharap agar UMNO terus memimpin Sabah dalam pilihanraya PRU13 nanti . PAS belum bersedia untuk mengantikan UMNO dalam memimpin Sabah . Mungkin USNO boleh mengantikan UMNO . Tapi PAS memang belum bersedia. Banyak yang perlu PAS Sabah lakukan lagi . 10 tahun lagi pun PAS belum bersedia untuk memimpin Sabah.

    Tapi sintimen di Sabah sekarang cukup kritikal untuk UMNO .Slogan INI KALILAH . INI KALILAH cukup popular di Sabah sekarang .Klik Sini Untuk : Ini Kalilah INI KALILAH BERABIS RAKYAT SABAH MAU TUKAR KERAJAAN DALAM PRU13 DAN MENUMBANGKAN UMNO DI SABAH . Tapi jumlah kerusi UMNO cukup banyak dan masih begitu kuat disekitar Sabah Timur iaitu di Tawau , Semporna dan Lahad Datu . Sabah Pendalaman seperti di Kudat , Pitas , Kota Marudu , Keningau , Tenom , Pensiangan  memang begitu longar sekali cengkaman UMNO sekarang ini . Sabah Bandar seperti di Kota Kinabalu , dan Sandakan cengkaman UMNO juga cukup longkar . 

    Jadi sejak 1994 INI KALILAH Sabah dalam keadaan 50:50 . Memang UMNO cukup kritikal di Sabah tapi seperti di DUN Damak dalam PRU12 nasib UMNO mungkin boleh bernafas jika persefahaman diantara Pakatan Rakyat Sabah dan Pakatan Borneo Bersatu (United Borneo Front - UBF) pimpinan Jeffry Kitingan tidak tercapai maka undi pembangkang akan pecah dua. Slogan INI KALILAH yang mula dipopularkan oleh STAR (State Reform Party) iaitu parti kompenan UBF kini telah menjadi bualan hampir seluruh rakyat Sabah . Slogan ini juga telah diguna pakai oleh Pakatan Rakyat Sabah . INI KALILAH BERABIS KITA TUKAR.

    Jadi marilah kita semua rakyat Jerantut INI KALILAH kita berdoa agar UMNO terus kekal di Sabah untuk masa terdekat ini sementara menunggu PAS atau USNO membina kekuatannya di Sabah bagi menjadi parti teras umat Islam di Sabah sebagai alternatif kepada UMNO. 

    Walau imej pemimpin UMNO Sabah itu tidak selari dengan akhlak Islam sebenar tapi mereka masihlah lagi seorang Islam yang mempercayai bahawa tuhan itu satu iaitu Allah dan percaya bahawa Nabi Muhamad itu Rasulullah.

    INI KALILAH UMNO masih sangat diperlukan sebagai benteng umat ISLAM di Sabah. 

    Klik Sini Untuk : Ini Kalilah

    UMNO Diskriminasi Anak Jati Pulau Tawar ?

    $
    0
    0
    Dalam sejarah UMNO Bahagian Jerantut . Tak pernah ada seorang pun anak jati Pulau Tawar pernah menjadi calon ADUN Pulau Tawar atau calon Ahli Parlimen . Betul ke ?

    Kalau kita lihat semula ke belakang timeline UMNO Bahagian Jerantut .Memang belum pernah ada calon dari kalangan anak jati Pulau Tawar. Memang tak pernah!!!!.

    Kalau adapun calon anak jati Pulau Tawar yang pernah jadi calon adlam pilihanraya ialah dari calon PAS iaitu saudara Mohamed Bin Wahid yang pernah bertanding dalam PRU10 dulu. Kalah tipis 700 undi kepada Dr Ahmad Shukri Ismail .

    Dulu Cikgu Bakar pernah menang DUN Pulau Tawar atas tiket Semangat 46 . Cikgu Bakar ini walaupun bukan anak pulau Tawar jati tapi banyak menghabiskan masa di Pulau Tawar .

    Saudara Malek Yusuf orang Gintong dan boleh dikatakan orang Pulau Tawar sebab Gintong dan Pulau Tawar tu ada kena-mengena pernah menang DUN Tahan atas tiket PAS .

    Tapi atas tiket UMNO sendiri pernah ada anak jati Pulau Tawar . INI KALILAH kalau UMNO nak letakkan anak jati Pulau Tawar bertanding DUN Pulau Tawar. PAS dah konpem meletakan anak jati Pulau Tawar iaitu saudara Yohanis sebagai calonnya . Yohanis telah dipilih dan di groom sejak tahun 2008 lagi sebagai calon PAS DUn Pulau Tawar. Bukan secara bidan terjun. Yohanis walaupun muda tapi mempunyai pengalaman yang amat luas dalam kerja-kerja parti . Beliau diberitakan pernah menjadi SU kerja kepada Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor semasa kempen pilihanraya sejak tahun 2004 hingga 2009. Ini bermakna beliau terlibat berpengalaman secara langsung dalam merancang kemenangan PAS di Selangor .

    Pengalaman yang ada itulah sekarang ini dibawa ke Jerantut untuk merampas Parlimen Jeantut dan DUN Pulau Tawar dan DUN Tahan dari UMNO.

    Dalam keadaaan PAS menonjolkan ramai calon-calon anak tempatan  Pulau Tawar . UMNO Bahagian Jerantut langsung tidak menghargai jasa-jasa anak-anak jati Pulau Tawar untuk diangkat sebagai calon DUN Pulau Tawar. Dan yang pasti ia akan berterusan dalam PRU13 ini. FULLSTOP


    BN Hampir Selesai Putus Calon Akhir di Jerantut

    $
    0
    0
    Hari ini di Sabah PM Najib umumkan bahawa BN dalam proses terakhir untuk putus senarai akhir calon-calon boleh menangnya . Proses terakhir katanya ialah proses menyemak latar belakang calon dari segi jenayah atau rasuah dengan pihak POLIS dan SPRM.(klik sini)

    Di Jerantut ini agaknya sapa calon -calon yang bebas dari rasuah samada bebas dari memberi suap dan menerima suap dan menyalahgunakan kuasa dan kedudukan?

    Adakah bakal-bakal calon yang ada sekarang ini yang telah disubmit oleh UMNO Jerantut 100% bebas rasuah . Atau adakah 100% bebas dari menyalahgunakan kuasa mereka .

    Adakah Dato Wan Amizan Wan Abdul Razak yang kini ADUN Tahan tidak menyalahgunakan kuasanya sebagai ADUN Tahan ketika melobi bagi mendapatkan projek berikut untuk syarikat milik dirinya dan ahli keluarganya :

    1. Projek Bangunan Tambahan Sekolah Kebangsaan Ulu Tembeling bernilai lebihkurang RM8.2 juta
    2. Projek Jalanraya dari Kg Tuit ke Kg Pagi bernilai RM121 Juta 

    Adakah Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak layak dicalonkan semula bagi DUN Tahan atau Parlimen Jerantut dan melepasi tapisan keselamatan dan SPRM oleh Datuk Najib ?

    Adakah proses mendapatkan tanah yang luas di Durian Hijau melalui prosedur yang telus dan tiada penyalahgunaan kedudukannya?

    Adakah penasihat ekonomi Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak merangkap Guru Sekolah Kerajaan yang memiliki saham dan memegang status directorship dibeberapa syarikat pembinaan yang memperolehi kontrak puluhan juta ringgit layak dicalonkan sebagai ADUN bagi mengantikan Wan Amizan atau Dr Shukri ? Adakah layak seorang kakitangan kerajaan memperolehi kontrak puluhan juta ringgit ketika masih berkhidmat dan adakah beliau akan lepas tapisan keselamatan dan SPRM oleh Datuk Najib ?

    Adakah Datuk Nazri Ngah tidak menyalahgunakan kedudukannya sebagai pimpinan UMNO Jerantut dalam mendapatkan konsesi-konsesi pembalakan atas nama sekolah tahfiz dan dalam mendapatkan kontrak-kontrak pembinaan di daerah Jerantut dan sekitar Pahang?

    Adakah Dato Dr Ahmad Shukri benar2 bebas dari tuduhan bangkrupsi dan tidak menggunakan kedudukanya bagi mendapatkan tanah-tanah kosong untuk dirinya dan keluarganya bagi membayar hutang-hutang dan membebaskannya dari kebangkrupsiannya ?

    Semua perkara diatas itu adalah spekulasi-spekulasi yang berligar didalam pemikiran pengundi di Jerantut yang mendengar cerita-cerita  salahlaku pemimpin mereka dari mulut ke mulut tanpa ada bukti yang sahih .
    Adakah Datuk Seri Najib juga mendengar spekulasi-spekulasi tersebut sama seperti yang didengar oleh pengundi-pengundi di Jerantut . Dan adakah Datuk Seri Najib bertindak diatas spekulasi tersebut dengan membuat semakan detail dengan pihak SPRM , pihak POLIS , pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar , SSM ,CIDB , JKR,  Kementerian Pelajaran , Pejabat Daerah , 

    Harap-harap semua calon-calon  BN Jerantut kali ini adalah bersih belaka dan kita mengharapkan semua spekulasi-spekulasi itu adalah bohong belaka.

    Parti BERJASA Pertama Kali Bertanding di Jerantut dalam PRU13

    $
    0
    0
    Parti BERJASA yang tidak mempunyai seorang ahli pun di Jerantut buat pertama kali akan meletakkan calonnya di DUN Damak dalam PRU13 nanti . Berjasa dijangkakan meletakkan calon dari kalangan ahli ISMA iaitu sebuah NGO Islam yang aktif mempertahankan akidah umat islam sekarang ini. DUN Damak menepati ciri-ciri kawasan yang ingin ditandingi oleh ISMA iaitu :
    1. Kawasan adalah 50% atau majoriti umat Islam
    2. Kedua-dua calon dari BN dan PR adalah bukan orang Islam .

    BN dijangka akan meletakan kembali Lau Lee daripada MCA dan PR pula dijangka akan meletakan Cikgu Koh Beng Heng dari DAP/PKR. Walaubagaimanapun ISMA belum memutuskan dengan tepat samada DUN Damak termasuk dalam senarai 20 kawasan yang ingin ditandingi oleh mereka . Kalaupun bukan ISMA yang meletakkan calonnya kemungkinan BERJASA sendiri akan meletakkan calon mereka nanti. Siapakah calon mereka ? Semua tertanya-tanya .


    Semalam Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman mengumumkan bahawa ISMA bercadang untuk menghantar calon-calonnya bertanding di 20 buah kawasan Parlimen dan DUN dalam PRU13 nanti.
    Dalam sidang media tersebut, Ustaz Abdullah Zaik turut mengumumkan kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti untuk calon-calon ISMA tandingi iaitu Padang Serai (P017), Tapah (P072), Wangsa Maju (P116), Selayang (P097), Subang (P107), Puchong (P103), Kapar (P109), Seremban (P128), Tanjung Piai (P165), Derga (N11) dan Gurun (N22).
    Berdasarkan keputusan PRU12 yang lepas, kerusi-kerusi di atas merupakan kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Melayu namun ditandingi dan dimenangi oleh calon-calon bukan Melayu.
    Menurut Ustaz Abdullah Zaik, demi menjaga kekuasaan politik orang Melayu Islam di negara ini, ISMA melihat antara langkah terpenting yang perlu diambil ialah menawan semula kawasan-kawasan yang selama ini telah diberi laluan selesa kepada pihak lain.
    Oleh itu, ISMA katanya mengemukakan pilihan calon-calon muslim yang berwibawa yang boleh membawa amanah dan kepercayaan perjuangan ummah yang kini menjadi antara isu yang kritikal di kalangan parti-parti politik di negara ini.
    “Calon-calon ISMA masuk bertanding untuk menang, dan berharap dapat memainkan peranan Kuasa Ketiga sebagai pendesak, penentu dan pengimbang kuasa yang paksi politiknya ialah nasib dan masa depan umat Melayu Islam di Malaysia tanpa mengambil kira blok politik mahupun sempadan kepartian,” jelas beliau.
    Dalam majlis pelancaran tersebut, Ustaz Abdullah Zaik menyatakan bahawa ISMA telah mengambil keputusan untuk bekerjasama dengan Barisan Jamaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) dan calon-calon daripada ISMA akan bertanding nanti atas tiket BERJASA.
    SEJARAH PENUBUHAN BERJASA
    Berjasa ditubuhkan pada 1977 dengan Yang Di Pertua Parti yang pertama adalah Allahyarham Dato’ Haji Mohammad bin Nasir. Berjasa merupakan parti alternatif kepada PAS yang telah memerintah Negeri Kelantan selama 18 tahun yang tidak dapat memenuhi inspirasi rakyat pada masa itu.
    Pada tahun 1978, Berjasa menyertai pilihanraya umum dengan bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN). Dalam keputusan Pilihanraya Umum pada masa itu, Berjasa memenangi 11 kerusi DUN dan membentuk kerajaan bersama dengan UMNO/BN dimana Allahyarham Tan Sri Mohammad Nasir dilantik sebagai Senator menjawat Menteri Kabinet di Jabatan Perdana Menteri.
    Pilihanraya Umum pada 1982, sekali lagi Berjasa berjaya membentuk kerajaan bersama dengan Barisan Nasional dan menjadi salah satu parti komponen dalam BN. Pada masa ini, Berjasa memenangi 6 kerusi DUN.
    Pada Pilihanraya Umum 1986, Berjasa tidak menyertai  Pilihanraya kerana Berjasa telah keluar dari Barisan Nasional. Pada Pilihanraya Umum 1990, Berjasa telah menyertai dan bekerjasama dengan Angkatan Perpaduan Ummah sehingga tahun 1999.
    Pada tahun 2009, pihak Jawatankuasa Pusat telah membuat rombakan dan menyusun semula Perlembagaan baru dengan nama Perlembagaan Berjasa Edisi Baru 2009.


    Bumbung stadium di Terengganu runtuh kali kedua

    $
    0
    0

    Bumbung stadium di T'ganu runtuh kali kedua


     
    Bumbung Stadium Sultan Mizan di Terengganu yang sedang diperbaiki runtuh sekali lagi dalam satu kejadian yang mencederakan tiga orang pekerja tempatan hari ini.
    Laporan Bernama petang ini menyebut, struktur besi untuk bumbung stadium tersebut runtuh dalam kejadian pada kira-kira jam 11.30 pagi ini.
    Kerangka lama bumbung stadium berkenaan, yang sedang dibaik pulih, runtuh dan mencederakan lima orang pekerja.

    Tiga daripadanya cedera parah, menurut laporan itu lagi yang memetik kenyataan timbalan ketua polis Terengganu Datuk Hamzah Mohd Jamil.
    Katanya, runtuhan itu melibatkan sebahagian daripada struktur asal bumbung tersebut, dianggarkan sepanjang 137 meter.
    Kejadian dipercayai akibat kelemahan struktur utama bumbung setelah melalui beberapa proses menurunkan kerangka di bahagian tengah bumbung, katanya.
    Laporan itu turut memetik kenyataan menteri besar Datuk Seri Ahmad Said yang mahu kontraktor bertanggungjawab atas kejadian yang dipercayai berpunca daripada kecuaian pihak berkenaan.
    Katanya, kontraktor itu bertanggungjawab untuk memastikan kerja baik pulih stadium itu dilakukan dengan selamat.
    Menurut laporan itu, stadium berkenaan sedang dibaikpulik dengan kos RM15 juta.
    Bumbung utamanya yang bernilai RM292 juta runtuh pada 2 Jun 2009 menyebabkan kira-kira 50 peratus daripada strukturnya musnah, menurut laporan itu lagi.
    Mangsa kejadian kini mendapat rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah.
    Tiga yang cedera parah itu dikenalpasti sebagai Mohd Nazirul Nizam Marzuki, 22, Mohd Saidi Ismail, 21, dan Safian Abdul Manaf, 21.
    Dua lagi yang cedera ringan ialah ringan Wan Mohd Fajrulazmi Wan Ahmad, 26, dan Mohd Syukri Jusoh, 31.
    Gambar yang merakamkan kejadian itu beredar pantas di ruang Internet hari ini dan menjadi bahan jenaka di kalangan pengguna media sosial.

    News Analysis: Standoff in Sabah could derail peace process in Mindanao

    $
    0
    0

    News Analysis: Standoff in Sabah could derail peace process in Mindanao

    MANILA, Philippines (Xinhua) - Even before the Philippine government and the secessionist Moro Islamic Liberation Front (MILF) could sign a final peace accord, an armed group of Filipinos claiming to be the royal armed forces of the Sultanate of Sulu has occupied a coastal town in the Malaysian state of Sabah.
    The standoff in Tunduao, Lahad Datu town in Sabah, between the armed Filipinos and the Malaysian police has continued over the weekend.
    The Malaysian town is just one hour by speedboat from the town of Simunul in the province of Tawi-Tawi, the southernmost tip of the Philippines.
    A report in the Daily Inquirer, a leading newspaper in the Philippines, said that the heirs of the Sultan of Sulu have decided to press their claim to Sabah in the island of Borneo after they were left out in the peace process between the government and the MILF.
    The report quoted Sulu Sultanate Crown Prince Rajah Mudah Agbimuddin Kiram as saying that the government appeared to have ignored their stand that their claim to Sabah should be made an " integral and essential" aspect of any peace agreement with any armed group in Mindanao.
    Abraham Julpa Idjirani, secretary general and spokesman of the Sultanate of Sulu, said the decision to show not just physical presence but actual occupation of Sabah came late last year, shortly after the Aquino administration signed a Framework Agreement on the Bangsamoro with the MILF.
    Headlines ( Article MRec ), pagematch: 1, sectionmatch: 1In October last year, the government of Philippine President Beningo Aquino III and the MILF signed a framework agreement that would end the decades-old Muslim insurrection in Mindanao by the creation of a new political entity called Bangsamoro.
    Idjirani said that before the signing of the agreement, the Office of the Presidential Adviser on the Peace Process invited the heirs of the Sultan of Sulu to what was supposed to be a consultation on a peace deal with the MILF.
    He said he was asked to give a lecture on the stand of the Sultanate of Sulu at a forum held at the University of the Philippines College of Law.
    "We thought finally the government of President Aquino wanted a complete and comprehensive resolution to the peace, security and economic problems of territories in Mindanao by consulting with us. But it was just talk," Idjirani said.
    "The framework agreement was finished without even the shadow of the Sultanate of Sulu and North Borneo. They just pretended to consult us," he said.
    Rajah Mudah said that the present government in Manila and the previous governments were not interested in their claim and that was why they decided to act on their own.
    "What we did was not an act of aggression but a journey back home," Rajah Mudah said.
    Reports from Kuala Lumpur said Malaysian security forces had surrounded the Filipinos, whom they believed were a faction of Muslim rebels unhappy with a peace deal with the administration of President Aquino.
    Rajah Mudah said he and his group were not arrested but admitted that they were surrounded by Malaysian police forces.
    In a statement, the Department of Foreign Affairs (DFA) here said that Malaysian Foreign Minister Anifa Aman had already assured Philippine Foreign Affairs Secretary Albert del Rosario that Malaysia would respect the rights of the Filipinos in the Sabah standoff.
    The statement said the Malaysian government had resorted to " negotiations to encourage" the Filipinos "to leave peacefully."
    Both the Philippine military and the Malaysian military had established that the Filipinos' activity in Sabah had no approval from the Philippine government, the DFA said.
    "In this regard, we therefore urge these concerned individuals to return to their homes and families," the DFA said.
    What is happening now in Lahad Datu in Sabah is the direct offshoot of the former claim of the Philippines over much of the eastern part of Sabah, which was formerly known as North Borneo prior to the formation of the Malaysian Federation in 1963.
    The Philippines, through the representation of the Sultanate of Sulu, claimed that Sabah was only leased to the British North Borneo Company and Sultanate's sovereignty over the territory was never relinquished.
    Malaysia, however, considered this dispute as a "nonissue" as there was no desire from the people of Sabah to be part of the Philippines or of the Sultanate of Sulu.
    Even before Malaysia was federated in 1963, the Philippines had already sent delegations to London reminding the British Crown that Sabah belonged to the Philippines.
    As of 2004, the Malaysian Embassy in Manila had been paying cession/rental money amounting to $1,500 per year to the heirs of the Sulu Sultanate, which was started by the British government and later assumed by the Malaysian government.
    The heirs of the Sulu Sultanate consider this rental as proof that they are indeed the rightful owners of Sabah.  

    Parlimen Bubar 27 Februari 2013 (Rabu) ?

    $
    0
    0
    BLOG PARLIMEN81 membuat sedikit risikan dan menjangkakan bahawa Datuk Seri Najib akan menghadap Yang Dipertuan Agong besok bagi memohon pekenan untuk membubarkan parlimen dan seterusnya membolehkan Pilihanraya Ke-13 dilaksanakan.

    Sepatutnya pembubaran dilakukan pada 22 Februari 2013 tetapi memandangkan terdapat masalah calon BN dibeberapa kawasan yang belum selesai maka terpaksa ditangguh sehingga esok . Dan kebetulan pula MB Selangor mengumumkan Selangor akan bubar selepas Chap Goh Mei . Maka PM Najb baru perasan bahawa jika beliau membubarkan parlimen 22 Februari 2013 maka ianya akan melukakan hati orang cina dan memberi mileage kepada MB Selangor . Jadi 27 Februari 2013 dirasakan masa yang sesuai untuk membubarkannya.

    Adakah betul tarikh tersebut tapi yang pasti tak kira apa tarikh yang dipilih oleh PM Najib maka semua jentera pilihanraya Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat perlu bersiap sedia bermula dari sekarang . Pengerusi BN telah arahkan supaya semua bilik gerakan jentera BN dibuka selewat2nya pada 1 Februari 2013 lalu . Dan sejak itu BN Jerantut begitu aktif dengan program KAS SAYANG JERANTUT yang tamat pada 24 Februari lalu dan dijangka disambung lagi beberapa hari.

    Berapa bilik gerakan yang telah dibuka sekarang ini  oleh BN Jerantut . Apakah bilikan gerakan Pakatan Rakyat Jerantut juga telah mula dibuka atau adak terdapat arahan dari kepimpinan Pakatan Rakyat Jerantut untuk mengarahkan bilik gerakan dibuka sekarang ini .Bersiap sediakah semua parti komponen BN dan PR dengan bendera dan banner untuk pilihan raya ini .

    Apakah pula persiapan bahagian gerak gempur BN dan PR .Sudah siapkah isu-isu yang ingin dimainkan sepanjang PRU13 nanti dan sudah siap sediakah BN dan PR untuk menjawap isu-isu yang akan dilontarkan oleh pihak lawan .

    Rasanya sama ada BN atau PR telah ada senarai calon masing-masing.
    Siapakah Calon Ahli Parlimen Jerantut ? UMNO vs PAS ?
    Siapakah Calon ADUN Pulau Tawar ? UMNO vs PAS ?
    Siapakah Calon ADUN Tahan ? UMNO vs PAS ?
    Siapakah Calon ADUN Damak ? MCA vs PKR/ DAP ?

    Ketika  BN masih dong dang dong dang dengan senarai calon-calonya samaada Tengku Lan , Dr Shukri , Wan Amizan dan Lau Lee kali ini atau BN Jerantut akan menampilkan semua muka baru ?
    Pakatan Rakyat dah hampir pasti dengan senarai calon bagi setiap dun  dan parlimen iaitu PR Dr Hamzah , Ustaz Yuhanis , Ustaz Zakuan dan Cikgu Koh ?

    Kepada pengundi bijak2lah mengundi. Yang belum daftar maaf anda tak layak mengundi pru13 ini. Kepada jemaah tabligh marilah sama2 mengundi. tunaikan hak anda. anda tak mahu mengundi itu hak anda tapi jgn pengaruhi rakan anda

    Bagi BLOG PARLIMEN81 punya analisis dijangkakan BN akan menyapu bersih semua kerusi-kerusi yang ditandinginya melalui UMNO iaitu Parlimen Jerantut , DUN Tahan dan DUN Pulau Tawar dengan pertambahan majoriti disetiap peti undi. Sementara itu DUN Damak BN di jangka akan kalah tipis dengan undi BN dijangka meningkat tapi Pakatan Rakyat akan menang di kerusi ini. Sementara itu analisis blog parlimen81 pula menjangkakan BN akan terus menguasai dewan undangan negeri pahang selepas PRU13 nanti. Pakatan Rakyat pula p81 jangkakan agak beruntung jika dapat mempertahankan kerusi yang dipegang oleh PKR dan PAS sekarang ini yang mana kerana analisis menunjukan sokongan melayu telah kembali kepada BN terutamanya diluar bandar yang mana 70% pahang adalah dari luar bandar. Walaubagaimanapun p81 jangkakan DUN Jengka akan bersaing sengit kerana ramai peneroka Felda adalah berasal dari Kedah dan Kelantan. Sementara DUN tandingan MCA seperti Bilut dan Teruntum akan jatuh ke PR sama seperti Damak. Sementara itu Triang dan Tras dijangka terus kekal dibawah Pakatan Rakyat . Jika Pakatan berjaya mempertahankan Beserah dan Semantan dan menambah Indera Mahkota maka  BN akan membentuk kerajaan Pahang dengan kemenangan sebanyak 34 kerusi berbanding dengan 42 kerusi yang ada. Tapi firsat p81 mengatakan bahawa PAS akan kehilangan semua kerusinya dalam PRU13 nanti dengan itu BN akan membentuk kerajaan dengan kemenangan 37 kerusi . Firasat p81 jga kuat mengatakan PKR akan kehilangan kerusi parlimen Kuantan dan Indera Mahkota.

    Sama sama kita tunggu . Kepada BN dan PR selamat berjuang untuk kebajikan rakyat Jerantut .

    Sementara itu di Parlimen bersebelah iaitu di P87 Kuala Krau calon Pakatan Rakyat telah diputuskan seperti dalam gambar ini .

    

    Pakatan Rakyat Kempunan Tawan Pahang . PAS , PKR Terkulai Layu Di Pahang . DAP Gah Di Pahang

    $
    0
    0

    pakatan Rakyat begitu ghairah menunggu tarikh pembubaran parlimen dan tarikh PRU-13 . Pakatan Rakyat cukup yakin mereka mampu tawan pahang Pakatan Rakyat Kempunan Tawan Pahang . PAS , PKR Terkulai Layu Di Pahang . Tunggu tarikh PRU13 jer . 

    Dan sepatutnya pembubaran dilakukan pada 22 Februari 2013 tetapi memandangkan terdapat masalah calon BN dibeberapa kawasan yang belum selesai maka terpaksa ditangguh sehingga 27 Februari  . Dan kebetulan pula MB Selangor mengumumkan Selangor akan bubar selepas Chap Goh Mei . Maka PM Najb baru perasan bahawa jika beliau membubarkan parlimen 22 Februari 2013 maka ianya akan melukakan hati orang cina dan memberi mileage kepada MB Selangor . Jadi 27 Februari 2013 dirasakan masa yang sesuai untuk membubarkannya. Tapi kejadia tak diduga berlaku pula iaitu kejadian banjir yang berlaku di Terengganu menyebabkan DSN terpaksa menangguhkan lagi pembubaran parlimen . 

    Adakah betul tarikh tersebut tapi yang pasti tak kira apa tarikh yang dipilih oleh PM Najib maka semua jentera pilihanraya Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat perlu bersiap sedia bermula dari sekarang

    Bagi BLOG PARLIMEN81 punya analisis dijangkakan BN akan menyapu bersih semua kerusi-kerusi yang ditandinginya melalui UMNO iaitu Parlimen Jerantut , DUN Tahan dan DUN Pulau Tawar dengan pertambahan majoriti disetiap peti undi. 

    Sementara itu DUN Damak BN di jangka akan kalah tipis dengan undi BN dijangka meningkat tapi Pakatan Rakyat akan menang di kerusi ini. Sementara itu analisis blog parlimen81 pula menjangkakan BN akan terus menguasai dewan undangan negeri pahang selepas PRU13 nanti. 

    Pakatan Rakyat pula p81 jangkakan agak beruntung jika dapat mempertahankan kerusi yang dipegang oleh PKR dan PAS sekarang ini yang mana kerana analisis menunjukan sokongan melayu telah kembali kepada BN terutamanya diluar bandar yang mana 70% pahang adalah dari luar bandar. Walaubagaimanapun p81 jangkakan DUN Jengka akan bersaing sengit kerana ramai peneroka Felda adalah berasal dari Kedah dan Kelantan. 

    Sementara DUN tandingan MCA seperti Bilut dan Teruntum akan jatuh ke PR sama seperti Damak. Sementara itu Triang dan Tras dijangka terus kekal dibawah Pakatan Rakyat . Jika Pakatan berjaya mempertahankan Beserah dan Semantan dan menambah Indera Mahkota maka  BN akan membentuk kerajaan Pahang dengan kemenangan sebanyak 34 kerusi berbanding dengan 42 kerusi yang ada. 

    Tapi firsat p81 mengatakan bahawa PAS akan kehilangan semua kerusinya dalam PRU13 nanti dengan itu BN akan membentuk kerajaan dengan kemenangan 37 kerusi . Firasat p81 jga kuat mengatakan PKR akan kehilangan kerusi parlimen Kuantan dan Indera Mahkota.

    Sama sama kita tunggu . Kepada BN dan PR selamat berjuang untuk kebajikan rakyat Jerantut .

    Sementara itu di Parlimen bersebelah iaitu di P87 Kuala Krau calon Pakatan Rakyat telah diputuskan seperti dalam gambar ini .
    Viewing all 143 articles
    Browse latest View live